Keselematan website wordpress anda adalah sangat penting untuk mengelakkan website anda digodam atau di akses oleh orang yang tidak kenali. Ia adalah sangat berbahaya dan mengakibatkan seseorang mengetahui maklumat rahsia anda dan mungkin dicuri atau disalin.

Oleh itu, kita haruslah bersiap sedia sebelum ia berlaku.

Saya perkenalkan plugin BBQ : Block Bad Queries . Ia plugin yang sangat mudah, hanya install dan tidak perlu setting apa-apa, sudah siap untuk melindungi website anda.

(BBQ) adalah plugin mudah dan ringan untuk melindungi laman web wordpress anda daripada permintaan URL yang berniat jahat. BBQ menyemak semua lalu lintas yang masuk dan secara senyap menghalang permintaan buruk yang mengandungi perkara jahat seperti eval (, base64_, dan permintaan string yang panjang. Ini adalah penyelesaian yang mudah tetapi padat untuk laman web yang tidak dapat menggunakan firewall htaccess yang kuat.

Plugin Link : https://wordpress.org/plugins/block-bad-queries/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here